[VIDEO] Polis Johor nafi kejadian culik, organ dijual 

[VIDEO] Polis Johor nafi kejadian culik, organ dijual 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial bahawa berlaku kes penculikan bertujuan bagi tujuan penjualan organ manusia kepada hospital-hospital di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan tentang dakwaan tersebut selain tidak menerima sebarang laporan polis.

Sehubungan itu, beliau meminta orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan dakwaan palsu sedemikian.

“Polis Johor menafikan adanya kejadian penculikan yang berlaku bertujuan pengambilan organ untuk dijual kepada hospital-hospital di negeri ini.

“Dakwaan palsu itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

VIDEO TULAR DALAM MEDIA SOSIAL

Terdahulu, sebuah video berdurasi tujuh saat memaparkan ayat: Malaysian there are kidnapper’s taking people’s organ and selling it to hospital!!! Be careful!! It’s currently happening in Johor!!.

Kamarul Zaman berkata, tindakan menyebarkan dakwaan palsu adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” tegasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN