Ular sawa 'berehat' dalam sangkar kucing

Ular sawa ‘berehat’ dalam sangkar kucing

SEEKOR ular sawa ditemukan dalam sangkar kucing di sebuah rumah di Taman Damai Daya, Skudai, Johor Bahru, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Selepas seorang pengunjung kedai dobi dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa di dalam sebuah mesin basuh kelmarin, kali ini seorang pemilik kucing ‘disapa’ reptilia serupa.

Kali ini, ular sawa tersebut sedang berehat di dalam sangkar kucing di kediamannya di Taman Damai Daya, Skudai di sini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Faisal Ismail berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian tersebut pada pukul 7.04 pagi ini.

Katanya, sembilan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menangkap reptilia berkenaan.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seekor ular sawa sepanjang lima kaki sedang ‘berehat’ di dalam sangkar kucing milik penghuni kediaman berkenaan.

“Anggota kemudiannya bertindak menangkap ular tersebut menggunakan alat penjerut sebelum reptilia itu dilepaskan di kawasan jauh dari penempatan awam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Operasi itu ditamatkan pada pukul 7.25 pagi.

Kelmarin, seorang pengguna kedai dobi di Taman Impian Emas, dekat sini menemukan seekor ular sawa sepanjang kira-kira dua meter di dalam sebuah mesin basuh. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN