Tindakan akan diambil terhadap Wetrom-Hajiji

Tindakan akan diambil terhadap Wetrom-Hajiji

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda bakal kehilangan jawatan pembantu menteri selepas tindakan terhadapnya diputuskan kelak.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap Wetrom yang dikatakan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah pada Sabtu lalu.

“Terpulang kepada kerajaan kerana beliau seorang pembantu menteri jadi kita akan mengambil satu pendekatan atau tindakan sewajarnya,” katanya ketika ditanya mengenai tindakan terhadap ADUN Bandau yang keluar parti dan beralih sokongan kepada parti lawan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah itu berkata, berdasarkan apa yang didengar dan dilihat dalam media sosial boleh diandaikan bahawa Wetrom telah menetapkan pendirian untuk keluar parti.

Secara peribadi, beliau sendiri tidak tahu apa status sebenar Wetrom maka, biarlah ADUN Bandau itu sendiri menjelaskan statusnya pada masa ini.

Wetrom dikatakan keluar parti kerana ingin bertanding kerusi Parlimen Kota Marudu. Ketika ini, kerusi parlimen itu disandang oleh Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili mewakili Parti Bersatu Sabah (PBS).

Semalam, Wetrom dikhabarkan menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) selepas gambarnya bertemu Presiden KDM, Datuk Peter Anthony tular dalam media sosial.

Namun, pada Ahad, Wetrom dilihat bertemu Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bagi menyatakan hasrat mahu menyertai Warisan.

Pada masa ini, parti KDM merupakan parti mesra kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional dan parti itu telah mengemukakan permohonan untuk menyertai GRS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya