Tidak berlaku krisis bekalan telur ayam

Tidak berlaku krisis bekalan telur ayam

AZMAN Mohd. Yusuf (kanan) ketika melakukan pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2022 di sebuah pasar raya besar di Nilai, Seremban hari ini. - FOTO/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Walaupun terdapat isu kekurangan telur ayam di beberapa kawasan namun ia masih belum mencapai keadaan krisis bekalan malah bahan mentah itu masih mencukupi bagi memenuhi permintaan di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd. Yusuf berkata, hasil program padang yang dilakukannya, diakui memang berlaku isu kuantiti bekalan telur ayam seperti di Melaka, Johor, Terengganu, Pulau Pinang serta Sabah dan Sarawak.

“Tetapi bekalannya ada, ada yang saya lihat pagi sudah selesai menjual (telur) dan rak kosong tetapi mereka (pekedai) mengisi semula pada waktu petang. Ini menunjukkan bahawa kita masih lagi berada dalam pengurusan bekalan yang baik.

“Saya juga sudah berhubung dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan supaya melihat aspek-aspek bagi memastikan bekalan cukup untuk tujuan dipasarkan kepada pengguna.

“Kami memantau perkara ini cuma saya katakan, tidak berlaku krisis seperti semua tempat bekalan terputus, itu tidak berlaku, tetapi saya tidak nafikan memang berlaku kekurangan kuantiti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2022 di sebuah pasar raya besar di Nilai, di sini.

Sementara itu, katanya, banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan tersebut.

“Umpamanya ada tempat (pembekal) memerlukan bayaran tunai sedangkan yang memerlukan (pekedai)  tidak dapat menggunakan tunai, mereka perlu berhutang dulu dan sebagainya. Ada juga kemungkinan berlaku masalah pengangkutan terutama kawasan yang jauh.

“Bagaimanapun, orang ramai boleh buat aduan kepada KPDNHEP, kami akan siasat dan melihat apakah punca yang sebenarnya, adakah berpunca dari ladang ataupun kerana masalah-masalah tadi. Masalahnya tidak sama di semua tempat di seluruh negara.

“Insya-Allah mana-mana kawasan yang kurang, kami akan memastikan dan mengambil tindakan dengan memberitahu pembekal lain untuk menghantar bekalan kepada kawasan tersebut sekiranya pembekal sepatutnya tidak dapat menghantar bekalan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.