Tiada hadis kata wanita bebel suami akan jadi anjing di akhirat  

Tiada hadis kata wanita bebel suami akan jadi anjing gonggong di akhirat  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) mengesahkan bahawa tiada hadis yang kononnya menyatakan wanita suka membebel suami akan menjadi anjing di akhirat kelak.

Menerusi hantaran terbaharu dalam laman sesawang rasminya, agensi itu merujuk persoalan berhubung dakwaan ada hadis sedemikian ke atas isteri yang menjerit ke atas pasangannya.

“Setelah dilakukan carian, maka tiada ditemukan mana-mana karya hadis muktabar mengenai isu wanita itu bertukar menjadi anjing yang menggonggong pada hari akhirat nanti,” katanya.

Bagaimanapun kata PMWP, ada hadis dikumpulkan Imam al-Suyuti dalam karyanya Lubab al-Hadis mengenai perempuan meratapi jenazah akan berubah seperti gonggongan anjing, namun periwayat hadis itu tidak menyatakan sebarang sanad atau rantaian perawi hadis ini dengan sekadar menyebut Sabda Nabi SAW sebelum menyebutkan matan atau teks hadis.

Perkara berkenaan diletakkan beliau di bawah bab larangan meratapi ke atas mayat serta mendakwa hadis dimuatkan dalam kitab itu merupakan hadis yang ada sanad sahih diyakini.

Beliau membuang sanad untuk menjadikan keseluruhan cuma ada 40 bab dengan setiap bab hanya mengandungi 10 hadis yang dihimpunkan serta disahkan Syeikh Nawawi al-Bantani.

“Hadis ini bagaimanapun dirujuk Imam Ibn Hajar al-Asqalani adalah daif kerana Imam Ibn Hibban pernah kritik perawi Sulaiman Daud al-Yamani sebagai ada masalah,” kata PMWP.

Agensi tersebut menyimpulkan bahawa meskipun tiada dijumpai hadis berhubung isteri yang suka membebel atau menjerit di hadapan suami, namun tetap ada pengajaran boleh diambil.

Antaranya ujar PMWP, perlu ada sikap saling memahami dan menghormati antara pasangan agar suasana rumah tangga yang terbina itu akan menjadi lebih ceria dan perkahwinan harmoni.

Ia turut menasihatkan suami isteri agar elak mencari kesalahan dilakukan pasangan kerana situasi itu akan mengundang pertelagahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya