Tangki air pecah, serpihan tangki kena enam kereta

Tangki air pecah, serpihan tangki kena enam kereta

KEADAAN tangki air pecah di sebuah pangsapuri di Taman Mas, Sepang. - IHSAN IPD SEPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebanyak enam kereta milik penghuni di sebuah pangsapuri di Taman Mas di sini, rosak teruk akibat dihempap serpihan tangki air yang pecah dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.15 malam di Blok A, Apartment Penaga Mas itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku apabila sebuah tangki air di blok pangsapuri itu pecah menyebabkan serpihan tangki bersama bekalan air menghempap kenderaan.

Beliau berkata, difahamkan, tangki air berkenaan dianggarkan berada pada kedudukan 60 kaki.

“Serpihan tangki air tersebut jatuh dan menimpa beberapa buah kereta. Jumlah kereta yang rosak adalah sebanyak enam buah dan mengalami kerosakan teruk. Kami dimaklumkan bantuan lori air bersih dari Syarikat Air Selangor sudah dihantar untuk keperluan penghuni 172 unit pangsapuri yang terjejas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menasihatkan pemilik kenderaan yang terjejas supaya hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan polis bagi memohon tuntuan insuran kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya