Suami isteri maut nahas skuter, kereta

Suami isteri maut nahas skuter, kereta

KEADAAN skuter ditunggang suami isteri yang maut dalam nahas di Kilometer 32.3 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, Lenggong, Perak, semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Sepasang suami isteri maut selepas skuter jenis KYMCO yang ditunggang mereka terlibat nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 32.3, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang berhampiran Pusat Rekreasi Lata Kekabu itu, mangsa, Azranawi Radzi, 42, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Rosnah Ahmad, 44, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lenggong.

Kemalangan itu turut menyebabkan remaja lelaki berusia 14 tahun patah betis kiri dan bahu kanan manakala bapanya yang memandu Proton Iswara tidak cedera.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dan isteri yang menunggang skuter dalam perjalanan dari arah Gerik menghala ke Kuala Kangsar.

Katanya, kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipandu lelaki berusia 47 tahun  keluar secara mengejut dari simpang kanan. 

“Mangsa bagaimanapun tidak sempat mengelak berikutan jarak terlalu dekat lalu melanggar bahagian sisi belakang kenderaan terbabit.

“Penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lenggong. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu kereta ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.