Sistem pendidikan lemah jika cuma libat urus guru ‘Yes Man’ - Cikgu Fadli - Utusan Malaysia

Sistem pendidikan lemah jika cuma libat urus guru ‘Yes Man’ – Cikgu Fadli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelemahan sistem pendidikan tidak dapat diubah sekiranya Kementerian Pendidikan masih mengamalkan sesi libat urus bersama pegawai dan guru bersikap ‘Yes Man’ semata-mata.

Guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd. Fadli Salleh mendakwa, sikap berkenaan menjadikan Kementerian Pendidikan tidak dapat melihat kelemahan yang perlu diperbaiki walaupun sering mengadakan libat urus bersama guru dan pegawai berkenaan.

“Tujuan saya live bukan mahu kutuk. Kementerian Pendidikan gah, bagus dan memiliki banyak pegawai berdedikasi serta mempunyai banyak program mampu menaikkan pendidikan kita ke arah lebih tinggi.

“Itu tidak dinafikan, namun masih ada perkara perlu dibaiki dan tolong dengar suara akar umbi. (Kata) buat libat urus, tetapi yang dipanggil guru ‘Yes Man’ yang tak berani nyatakan kebenaran,” katanya dalam rakaman secara langsung malam tadi.

Mohd. Fadli menambah, keterbukaan demokrasi dalam sistem pendidikan perlu ada untuk memajukan pendidikan negara ini.

Malah katanya, Kementerian Pendidikan juga seharusnya berdiri menjadi satu entiti tersendiri  tanpa campur tangan politik.

“Kalau cikgu tak boleh kata benda ini salah, rosak akan bertambah rosak. Dengar pandangan dan bagitahu hujahnya, kita boleh terima.

“Kalaulah boleh tolong asingkan Kementerian Pendidikan dari politik. Kalau ada pun (campur tangan politik) ia tidak jadi seteruk ini. Ini sangat-sangat teruk campur tangan politik, sangat teruk,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd. Fadli mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada Kementerian Pendidikan dipercayai dengan alasan sering menegur berkaitan isu persekolahan.

Antara permasalahan yang dibangkitkan membabitkan silibus ‘kayangan’ tahun 1 terutamanya berkaitan subjek matematik, jadual padat dan isu beg sekolah berat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya