Sepanyol tidak senaraikan De Gea ke Piala Dunia

Sepanyol tidak senaraikan De Gea ke Piala Dunia

DAVID DE GEA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Sepanyol menyenaraikan 55 pemain dalam skuad sementara ke Piala Du­nia di Qatar yang membuka tirai 20 November depan, namun nama penjaga gol Manchester United, David de Gea tersisih daripada senarai.

Pengurus La Roja, Luis Enrique semalam mengumumkan senarai awal yang akan bertanding dalam kejohanan itu yang kemudian dikecilkan kepada 26 orang.
Walaupun saiz skuad Sepanyol amat besar, namun masih tiada tempat buat De Gea.

Menurut portal AS, Enrique memilih lima penjaga gol dalam senarai 55 pemainnya.

Tiga penjaga gol yang dijangka terbang ke Qatar ialah benteng Athletic Bilbao, Unai Simon, diikuti ­Robert Sanchez (Brighton) dan David Raya dari Brentford.

Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga dan David Soria dari Getafe dipi­lih sebagai simpanan sekiranya berlaku kecede­raan atau masalah kesihatan terhadap pemain lain.

Kemasukan semula Arrizabalaga dalam skuad agak mengejutkan ­kerana dia hanya bermain separuh daripada perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini berbanding De Gea.

Ketiadaan De Gea mengejutkan banyak pihak kerana pengalamannya beraksi bersama pasukan kebangsaan.

“Nampaknya saya mempunyai tiga penjaga gol awal yang saya fikir tidak, kami tidak akan mempunyai masalah menurunkan salah seorang daripada mereka pada bila-bila masa.

“Unai telah mengumpul banyak pengalaman menarik. Penjaga gol sentiasa bermula dari kesebelasan utama bersama kelab mereka, selain bagus dalam menguasai permainan di udara.

“Saya memerlukan penjaga gol yang tenang kerana ketenangan mereka bermakna kurang kesilapan akan dilakukan. Ini bahagian penting dalam bola sepak,” kata ­Enrique.

De Gea, 31, pernah me­nerima kritikan ketika pasukannya tewas 1-0 kepada Ukraine dalam saingan Liga Negara-Negara pada 2020, dan sejak itu kedudukannya mula dipersoalkan.

Dia juga tidak disenaraikan sejak Sepanyol menumpaskan Sweden 1-0 dalam kelayakan Piala Dunia 2022, November lalu, di mana De Gea hanya memanaskan bangku simpanan ketika itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN