Saarani selesai menghadap Sultan Perak

Saarani selesai menghadap Sultan Perak

SAARANI ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak sebelum menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sekali lagi dititahkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Saarani memasuki pekarangan istana pada 11.50 pagi sebelum kenderaan dinaikinya dilihat beredar kira-kira 30 minit kemudian.

Turut dilihat memasuki pekarangan istana, kenderaan dinaiki Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Terdahulu, Saarani memaklumkan yang beliau dititahkan menghadap baginda namun tidak mengetahui sama ada ia berkaitan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak atau perkara lain.

“Saya dititahkan menghadap namun tidak pasti apa tujuannya. Tunggu pihak istana buat pengumuman,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 1444H/ 2022M di sini, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya