PRU15: Pulau Pinang rujuk pimpinan PH Pusat bubar DUN atau tidak - Utusan Malaysia

PRU15: Pulau Pinang rujuk pimpinan PH Pusat bubar DUN atau tidak

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri akan merujuk kepada pimpinan pusat Pakatan Harapan (PH) bagi memutuskan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan serentak sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, semua keputusan akan tertakluk kepada tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 dijalankan.

”Isu ni perlu dirujuk kepada pusat untuk keputusan muktamad.

“Beberapa buah negeri sudah pun suarakan niat tidak akan adakan pilihan raya serentak sekiranya PRU15 diadakan tahun ini, lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kon Yeow ditanya sama ada Pulau Pinang akan mengkaji semula keputusan awal untuk tidak membubarkan DUN jika PRU15 diadakan ketika musim tengkujuh.

Sebelum ini, Pas juga dikatakan akan mengadakan perbincangan semula dalam masa terdekat berhubung pembubaran DUN di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diterajuinya.

Menurut Kon Yeow, isu berkaitan kos pilihan raya akan meningkat sekiranya tidak dilaksanakan secara serentak tidak timbul jika pilihan raya diadakan tahun depan.

Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan PH tidak bersedia sekiranya pilihan raya diadakan tahun ini, Kon Yeow berkata, tidak ada parti yang berada dalam keadaan 100 peratus bersedia sekiranya Parlimen dibubarkan memandangkan terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan.

“PH mungkin tidak siap sedia untuk memuktamadkan calon tetapi dari segi lain-lain persiapan apabila ia (Parlimen) dibubarkan, maka jentera akan digerakkan untuk menyahut pilihan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya