PRU15: PN serah nama calon Ahad ini

PRU15: PN serah nama calon Ahad ini

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Perikatan Nasional (PN) di peringkat negeri-negeri akan menyerahkan senarai nama calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat pada 16 Oktober ini.

Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, proses pembahagian kerusi antara parti komponen dalam PN terutamanya Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri itu khususnya sudah selesai dilaksanakan.

“Kita sudah selesai (bahagi kerusi), pada 16 Oktober ini akan serah senarai nama kepada PN Pusat yang melibatkan semua negeri.

“Calon-calonnya semua kacak, comel-comel dan lawa-lawa (serta) kesemua calonnya 100 peratus muda kalau dibandingkan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 20 Oktober ini bagi menetapkan tarikh-tarikh penting PRU15 termasuk penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi sebenar susulan pembubaran Parlimen pada Selasa lalu.

Sementara itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah menerima keputusan Pas pusat untuk kekal tidak membubarkan DUN di tiga negeri dikuasai parti itu termasuk Kedah.

“Kita akur dengan keputusan parti, bubar atau tidak bergantung kepada Pas pusat,” katanya.

Jumaat lalu, beliau membuat penegasan bahawa DUN Kedah tidak akan dibubarkan sebelum Mac 2023 meskipun Parlimen dibubarkan lebih awal untuk memberi laluan kepada PRU15.

Menurutnya, perkara itu telah disembah maklum kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sewaktu menghadap secara dalam talian pada Selasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya