GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di daerah ini mahu veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah kekal sebagai calon Ahli Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti. Penghulu Orang Asli Pos Hendrop, Bidi Ronggeng berkata, rata-rata masyarakat di Gua Musang bersedia memberi sokongan penuh kepada Ku Li yang disifatkan banyak menabur bakti kepada mereka. “Kita tidak boleh menafikan sumbangan dan jasa Ku Li terhadap Orang Asli di Parlimen Gua…