PRU15: Jalaluddin tawar diri pertahan Parlimen Jelebu 

PRU15: Jalaluddin tawar diri pertahan Parlimen Jelebu 

JALALUDDIN Alias (tiga dari kanan) ketika Majlis Pelancaran Jentera BN PRU15 Parlimen Jelebu di Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan, hari ini. - FOTO/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menawarkan diri untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Menurutnya, beliau sudah pun diberi kepercayaan parti untuk bertanding mewakili BN dan memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum sebelum ini.

“Insya-Allah jika mendapat kepercayaan daripada parti sekali lagi saya akan teruskan khidmat saya untuk masyarakat Parlimen Jelebu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar Majlis Pelancaran Jentera BN PRU15 Parlimen Jelebu di Simpang Pertang, di sini hari ini.

Sementara itu, tambahnya, BN tidak boleh hanya berjanji untuk meraih sokongan semata-mata tetapi harus diterjemahkan apa yang telah dikemukakan kepada rakyat untuk masa depan.

“Saya ada lima teras dan 50 pengisian untuk orang Jelebu untuk PRU15 dan akan dibentangkan kepada rakyat nanti.

“Ini bukan janji Pakatan Harapan (PH) ininjanji BN dan akan kita tunaikan untuk kepentingan rakyat terutamanya di kawasan Parlimen Jelebu,” tambahnya.

Jelas Jalaluddin, beliau percaya bahawa rakyat memerlukan sesuatu perancangan yang lebih dinamik dan inklusif untuk kesejahteraan mereka pada lima tahun akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya