PRU15: BN berpengalaman gerak sendirian tanpa Pas

PRU15: BN berpengalaman gerak sendirian tanpa Pas

MAHDZIR Khalid (tengah) bersama kepemimpinan UMNO Padang Terap ketika majlis perasmian Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Padang Terap di Padang Kerasak, Padang Terap, Kedah, hari ini. - FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Barisan Nasional (BN) yang telah lama dibentuk serta berpengalaman mampu bergerak sendirian tanpa kerjasama Pas, kata Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Naib Presiden UMNO itu berkata, mereka menerima keputusan Pas memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sekali gus menolak syarat kerjasama dengan UMNO bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pas sudah membuat pendirian dengan Perikatan Nasional (PN) dan BN lebih awal lagi menjangkakan keputusan itu. Sebagai sebuah parti yang sudah lama, jatuh bangun dan pengalaman yang panjang, kita terima keputusan itu. Tapi saya yakin atas kesiapsiagaan BN. Insya-Allah, kita berjaya,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Padang Terap, di sini hari ini.

Ketika ditanya adakah UMNO sedia mempertimbang keputusan untuk kembali menjalin kerjasama dengan Pas selepas PRU15, Mahdzir berkata, perkara itu belum diputuskan lagi buat masa ini. 

“Kita (bertanding) pilihan raya dahululah. Kita bergerak mengikut keputusan yang telah dibuat dahulu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, keengganan Pas dan Pakatan Harapan (PH) untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di beberapa negeri memberi kelebihan kepada BN untuk menumpukan perhatian kepada calon parlimen bagi menghadapi PRU15.

“Ketika ini UMNO dan BN di negeri-negeri berkenaan hanya perlu memberi fokus kepada jentera parti dalam setiap parlimen,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kata Mahdzir, rakyat khususnya pengundi akan menolak politik persepsi yang cuba diwujudkan semula oleh PH terhadap BN menjelang PRU15.

Beliau berkata, rakyat pada hari ini lebih bijak dan matang untuk menilai prestasi parti yang berkelayakan untuk memerintah negara terutama selepas kejatuhan kerajaan disertai PH yang hanya berusia 22 bulan.

“Saya nampak ada corak macam itu. PH yang 22 bulan dalam kerajaan datang balik dengan konon-kononnya manifesto nak jadikan (mereka) orang lain. Nak buat macam cerita 1MDB, seolah-olah UMNO ada masalah kepemimpinan iaitu seperti trend pada 2018.

“Ini tahun 2022, kita lihat kepada realiti bahawa rakyat tak boleh disogok oleh benda yang bukan-bukan,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang calon pula, kata Mahdzir, parti berada pada pusingan pertama pemilihan untuk kerusi parlimen sebelum perkara itu dimuktamadkan tidak lama lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN