PRU15 atau tidak, isu banjir perlu selesai segera

PRU15 atau tidak, isu banjir perlu selesai segera

AMMAR Suhaimi (kanan) ketika melawat salah satu kawasan banjir di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi tumpuan terhadap mekanisme mengawal banjir dengan segera meskipun diasak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Kumpulan GAT Malaysia, Ammar Suhaimi berkata, ia berdasarkan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) yang menjelaskan, fasa peralihan monsun bakal bermula pada 3 Oktober dan akan berterusan sehingga November ini.

AMMAR SUHAIMI

“Pastinya keadaan cuaca seperti ini akan menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh. GAT berpandangan bahawa Darurat Bencana perlulah diisytihar di kawasan-kawasan hotspot serta yang sering banjir.

“Pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan seria pemulihan daripada agensi negeri dan Persekutuan (perbelanjaan kecemasan) berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing.

“Oleh sebab itu, PRU atau tidak, isu ini perlu diselesai segera,” katanya.

Tambahnya, selaras dengan pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat ini, Ammar berkata, adalah harapan semua pihak agar kerajaan meletakkan fokus terhadap peruntukan tambahan kepada isu berkaitan banjir.

Dalam hal ini, beberapa penambaikan perlu dibuat daripada usaha yang kerajaan telah lakukan sekarang.

“Jadi kami merancang untuk mengadakan perbincangan libat urus dan pembentangan bersama Kementerian, agensi-agensi serta GLC berkenaan persediaan banjir serta memperkenalkan teknologi baru untuk kelestarian alam sekitar bagi menjimatkan kos kerajaan dalam merangka pelan jangka masa lama,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN