PRU-15: GRS yakin mampu tewaskan Warisan

PRU-15: GRS yakin mampu tewaskan Warisan

MAXIMUS Ongkili (lima kanan) bersama Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor (empat kiri) semasa Program Jelajah GRS di Kota Marudu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin mampu menewaskan Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, sebagai sebuah gabungan yang kuat dan dianggotai lima parti, GRS mampu untuk melawan Warisan pada pilihan raya kali ini.

“Bila gabungan kita lawan Warisan bermakna Warisan lawan lima parti dalam GRS.

“Maka, kita cukup yakin, kita boleh cabar dan ambil banyak kerusi daripada Warisan,” katanya semasa Program Jelajah Warisan Kota Marudu semalam.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata, kerusi parlimen Kota Marudu menjadi kubu kuat PBS sejak daripada awal. Malah, dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah parlimen itu belum pernah jatuh ke tangan parti lain.

Justeru, beliau mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PBS Kota Marudu supaya terus mempertahankan parlimen yang menjadi kubu kuat PBS itu.

“Parlimen Kota Marudu adalah kubu Parti Bersatu Sabah. Kawasan Parlimen ini juga telah menjadi milik PBS sejak parti itu didaftarkan. Di DUN Tandek, sejak 1985 sehingga ke hari ini, belum pernah PBS tewas.

“Begitu juga kerusi DUN Matunggong, belum pernah jatuh kepada pihak lawan. Di tempat lain seperti Kiulu, sejak PBS ditubuhkan sehingga sekarang masih menjadi milik PBS, daripada (Datuk) Louis Rampas hingga (Datuk) Joniston Bangkuai.

“Hanya parlimen Keningau dan DUN Tambunan sudah pergi kepada rakan kita, Jeffrey Kitingan (Parti Solidariti Tanah Airku-STAR). Tapi tiga kerusi (Tandek, Matunggong dan Kiulu) masih dalam tangan PBS,” katanya.

Maximus, yang juga penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu itu berkata, sebagai kubu kuat PBS, beliau mahu pada kali ini di bawah naungan GRS, kerusi parlimen itu akan mampu dipertahankan.

Maximus mula memenangi kerusi parlimen Bandau pada tahun 1995 sebelum kerusi itu ditukar kepada parlimen Kota Marudu semasa persempadanan semula dilakukan.

Beliau menjadi ahli Parlimen Kota Marudu selama empat penggal iaitu sejak 2004 hingga 2022.

Selama menjadi ahli Parlimen Kota Marudu, Maximus pernah memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Intergrasi Nasional); Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak). –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya