PRS serah senarai calon untuk PRU15 dalam minggu ini

PRS serah senarai calon untuk PRU15 dalam minggu ini

SNOWDAN LAWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan menyerahkan senarai calonnya untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) kepada Premier Sarawak merangkap pengerusi Parti Gabungan Sarawak (GPS) dalam minggu ini.

“Senarai calon berpotensi kita sudah berada di tangan baik presiden kita (Datuk Joseph Salang) dan akan diserahkan kepada Premier kita (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) selaku pengerusi GPS (Gabungan Parti Sarawak) pada bila-bila masa minggu ini,” kata Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan.

Snowdan, yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata PRS berkemungkinan meletakkan beberapa muka baharu pada PRU15 akan datang.

Beliau berkata, penampilan calon-calon baharu yang berpotensi itu bukanlah perkara baru dalam politik mahupun parti, selain daripada mengekalkan penyandang kerusi.

Semalam (10 Okt), Perdana Menteri Datuk Patinggi Ismail Datuk Seri Sabri Yaakob membubarkan Parlimen selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU15 yang peelu diadakan dalam tempoh 60 dari tarikh pembubaran parlimen.

Dengan pembubaran Parlimen semalam bermakna PRU15 akan diadakan hampir setahun lebih awal daripada tarikh akhir untuk pilihan raya umum diadakan.

Snowdan percaya bahawa semua pihak komponen GPS termasuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United Parti Rakyat (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) sudah bersedia dengan senarai calon masing-masing setakat ini atau lebih awal lagi.

Katanya, PRS akan menyerahkan kepada kebijaksana pucuk kepimpinan GPS untuk memilik calon-calon yang difikir paling layak dan mempunyai besar untuk menang.

“Kami percaya Premier kita akan menggunakan hak mutlak (prerogatifnya) apabila memuktamadkan senarai calon yang paling layak dan mempunyai peluang besar untuk menang,” tambahnya.

Dengan semua parti komponen GPS menggunakan logo yang sama, Snowdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) percaya pengundi akan memberi kemenangan besar kepada GPS.

“Dengan misi yang sama dan sokongan daripada setiap anggota komponen GPS dan jentera pilihan raya yang teratur, kami pergi ke pilihan raya untuk memenanginya dan bukan kekalahan,” tambahnya.

PRS mempunyai dua ahli parlimen, iaitu Datuk Wilson Ugak Kumbong bagi Hulu Rajang dan Datuk Aaron Ago Dagang bagi Kanowit.

Dalam gabungan GPS, PRS secara tradisinya diperuntukkan enam kerusi parlimen, iaitu Hulu Rajang, Kanowit, Lubok Antu, Julau, Selangau dan Sri Aman. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya