Program Peranti Siswa berjalan seperti biasa

Program Peranti Siswa berjalan seperti biasa

ANNUAR Musa (tengah) bergambar bersama sebahagian penerima peranti siswa pada Sesi Penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, Kelantan, hari ini. UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia tetap berjalan seperti biasa meskipun Parlimen dibubarkan pada Isnin lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, setakat ini pihaknya telah mengagihkan sebanyak 150,000 peranti tersebut kepada pelajar yang layak menerima kemudahan disediakan oleh kerajaan itu.

“Sekarang ini kita dalam proses mengagihkan peranti secara berperingkat kerana sebahagian besar pemohon berada di kampus masing-masing.

“Jadi, kita perlu menunggu pihak universiti menyelesaikan urusan pendaftaran pelajar baharu terlebih dahulu sebelum agihan peranti ini dapat dilakukan,” katanya pada sidang akhbar selepas Sesi Penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, di sini hari ini.

Annuar memberitahu, sebanyak 221,000 daripada hampir 500,000 permohonan peranti di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia telah diluluskan setakat ini.

Katanya, bagaimanapun baki permohonan masih lagi diteliti serta menunggu pengesahan daripada pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terlibat.

“Pengagihan kepada pemohon yang berjaya akan dilaksanakan sebelum akhir November ini,” ujarnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN