Prof. Kasim Md Mansur dilantik Naib Canselor UMS

Prof. Kasim Md Mansur dilantik Naib Canselor UMS

KASIM MD MANSUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Prof Datuk Dr. Kasim Md Mansur, 61, diberi amanah menggalas tugas sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu, berkuat kuasa 3 Oktober ini.

Anak kelahiran Sabah ini pernah memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS selama lima tahun dari 2009-2014.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan ljazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Indiana State University, Terra Haute, Amerika Syarikat sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat jazah Kedoktoran dalam bidang yang sama di University of Wisconsin, Amerika Syarikat.

Beliau merupakan seorang tokoh akademik yang sangat disenangi dalam kalangan pegawai dan pelajar UMS.

Di peringkat negeri Sabah pula, beliau telah memberi sumbangan yang signifikan kepada rakyat sebagai Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah dan Ahli Lembaga Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS).

Kementerian Pengajian Tinggi menerusi satu kenyataan semalam menyatakan berdasarkan reputasi kepimpinan institusi yang dimiliki, Dr. Kasim dilihat berkemampuan untuk membentuk jaringan hubungan kerja yang harmoni.

Hubungan baik dengan semua pemegang taruh berkepentingan di negeri ini akan membantu Dr. Kasim meneraju UMS sebagai salah sebuah universiti pilihan di peringkat nasional seterusnya melonjakkan kecemerlangan akademik secara keseluruhan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.