Pilih UMNO kerana semangat juang bela  rakyat - Tengku Zafrul

Pilih UMNO kerana semangat juang bela  rakyat – Tengku Zafrul

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz (empat dari kanan) ketika pelancaran jentera pilihan raya BN Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Semangat perjuangan UMNO membela rakyat menjadi faktor utama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memilih bersama parti itu.

Mendedahkan perkara itu, Bendahari BN Selangor menyifatkan hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mencipta kestabilan sama ada politik mahupun ekonomi negara.

“Bagi ahli politik, ia mungkin ada thrill (cabaran) apabila banyak perubahan berlaku dalam politik. Namun, rakyat di luar sana hanya mahu kestabilan dan memfokuskan dasar untuk mereka, bukannya politik diri sendiri.

“Saya berjanji cuba sebaik mungkin untuk membantu UMNO kembali menjadi kerajaan yang stabil untuk Selangor dan negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Kuala Selangor di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) amat berbeza atas pelbagai faktor antaranya pengundi baharu dan muda yang ramai ketika ini.

“Selain itu, rakyat mempunyai pilihan politik yang pelbagai berbanding BN melawan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. Faktor ekonomi dunia tidak stabil juga memberi impak kepada ekonomi rakyat dan pilihan undi mereka,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya