Peserta misi bantuan 'terkandas' dalam hutan

Jambatan runtuh akibat hujan, peserta misi bantuan ‘terkandas’ dalam hutan

SEBAHAGIAN kenderaan yang terkandas di Kampung Kajang, Pos Gob, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seramai 150 peserta misi bantuan makanan kepada masyarakat Orang Asli berdepan detik ‘cemas’ apabila terkandas lebih 24 jam di Pos Gob, di sini kelmarin akibat jalan rosak dan jambatan runtuh disebabkan hujan. 

Kesemua mereka yang terkandas adalah peserta Program ‘Bergagoh Ma Senoi Bek’ terdiri  daripada ahli-ahli Pusat Khidmat DUN Nenggiri, kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melakukan khidmat sosial dan menyantuni Orang Asli yang tinggal di Kampung Gob.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff berkata, mereka terpaksa membatalkan ekspedisi yang bermula Selasa ekoran keadaan jalan yang rosak teruk dan cuaca hujan.

“Kita bermula di Pusat Dun Nenggiri pada pukul 9 pagi. Namun, sehingga pukul 10 malam, 15 kenderaan masih terkandas berhampiran Kampung Kajang dan 26 kenderaan terkandas di Kampung Gawin. Walaupun terdapat beberapa kenderaan yang rosak dan terbalik, namun semua peserta tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di Kampung Kajang di sini semalam. 

Ab. Aziz memberitahu, kumpulan itu terpaksa bermalam di lokasi kejadian sementara menunggu keesokkan hari (semalam) untuk pulang semula ke Gua Musang.

Sementara itu, seorang peserta Mohd. Zaidatul Azizi Mohd. Zaidatul Azman, 22, berkata, dia bersyukur apabila semua peserta terselamat walaupun perlu melalui jalan balak yang mencabar.

Katanya, itu merupakan pengalaman pertama dirinya menyertai program kembara lasak.

“Kami semua hampir terkandas dan terpaksa bermalam di dalam kenderaan di tengah hutan. Walaupun semua peserta keletihan, namun masih bersemangat apabila saling tolong-menolong selepas kenderaan peserta lain yang tersekat dalam lumpur,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya