Peruntukan RM8j RISDA laksana program Prospek di Jempol

Peruntukan RM8j RISDA laksana program Prospek di Jempol

risda
MOHD. Salim Mohd. Sharif (kanan) meninjau projek tanaman cili fertigasi yang dilaksanakan seorang pekebun kecil Risda di Kampung Serting Ilir, sempena program Pekebun Kecil Makmur dan Pelancaran Prospek Jempol di Padang Awam Kampung Serting Ilir, Jempol. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RISDA sebanyak RM8 juta bagi pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) bagi tempoh lima bermula tahun lalu hingga 2025 khusus bagi daerah Jempol.

Pengerusi RISDA, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif berkata, peruntukan besar itu melibatkan pembangunan kemudahan asas sebanyak RM1.2 juta, projek pembinaan rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) iaitu sebanyak RM1.2 juta serta bantuan modal peningkatan pendapatan sebanyak RM5.6 juta.

“RISDA berhasrat menambah bilangan peserta dan mempelbagaikan produk bagi membantu pekebun kecil. Program Prospek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah dilaksanakan di seluruh negara di beberapa kampung terpilih antaranya di Kedah, Perlis, serta Melaka.

“Di Jempol, program Prospek RISDA ini melibatkan lapan buah kampung dengan jumlah penduduk seramai 1,000 peserta di mukim Serting iaitu Kampung Serting Hilir, Kampung Bukit Kelulut, Kampung Bukit Tunggal, Kampung Peladang Dalam, Kampung Peladang Luar, Kampung Serting Ilir Dalam, Kampung Bukit Kerdas dan Kampung Gajah Mati,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Pekebun Kecil Makmur dan Prospek Jempol di Kampung Serting Ilir, di sini kelmarin.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Abdullah Zainal.

Menurut Mohd. Salim, bagi tahun ini sahaja, sejumlah RM1.3 juta telah dimanfaatkan iaitu RM800,000 bagi program-program ekonomi yang melibatkan seramai 80 orang penerima dan juga sebanyak RM368,000 bagi tujuan pembinaan rumah baharu.

“Seterusnya, sebanyak 24 buah rumah akan dibaik pulih selain prasarana dengan jumlah peruntukan sebanyak RM138,200. Ia melibatkan tiga projek Jalan Pembangunan Desa (JPD) dan satu projek menerusi Program Ameniti Sosial (PAMS)

“Fasa seterusnya akan diteruskan pada tahun hadapan secara berperingkat sehingga ke tahun 2025,” katanya lagi,

Sementara itu, jelas penyandang Ahli Parlimen Jempol itu, program ekonomi di bawah Prospek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pertanian, penternakan dan ekonomi desa.

“Bidang pertanian ia terbahagi kepada tanaman secara berkelompok dan juga secara individu. Tanaman berkelompok dilaksanakan adalah tanaman fertigasi halia dan cili bara di mana ia diuruskan oleh RISDA Agro Sdn. Bhd. yang memberi manfaat kepada 30 orang peserta,” katanya.

Terdahulu sebelum majlis itu, Mohd. Salim turut mengadakan lawatan ke pembinaan sebuah rumah baharu, projek ternakan ayam serta projek cili fertigasi yang dijalankan oleh pekebun RISDA.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kotak makanan RISDA yang bernilai RM50 bagi setiap penerima kepada 400 orang golongan asnaf pekebun kecil di kawasan Serting. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.