PUTRAJAYA: Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) ditunda kepada 28 November hingga 1 Disember ini bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, peperiksaan berkenaan sepatutnya berlangsung pada 14 hingga 17 November ini.
Beliau berkata, tarikh baharu pelaksanaan UPKK (Bertulis) adalah seperti berikut:
i. Ulum Syariah (Akidah Dan Ibadah) – 28 November 2022 (Isnin)
ii. Sirah Jawi Dan Khat pada 29 November 2022 (Selasa)
iii. Adab pada 30 November 2022 (Rabu)
iv. Lughah Al-Quran pada 1 Disember 2022 (Khamis).
“Jakim amat prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN