Pengasuh ditahan kes bayi lapan bulan dipercayai digigit 

Pengasuh ditahan kes bayi lapan bulan dipercayai digigit 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita yang juga pengasuh kepada bayi perempuan berusia lapan bulan bagi membantu siasatan berhubung kecederaan dialaminya di Taman Putra, Ampang, dekat sini. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita berusia 43 tahun itu ditahan Sabtu lalu selepas polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada Jumaat lepas. 

Katanya, berdasarkan laporan  dibuat ibu mangsa, dia menyedari anaknya mengalami kecederaan dengan kesan gigitan pada muka dan kesan pulasan di kedua-dua telinga. 

“Ibu mangsa membawa  anaknya ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai enam anak asuhan berusia tiga bulan hingga dua tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohamad Farouk berkata, suspek juga mempunyai dua anak kandung yang tinggal bersamanya iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan masing-masing berusia 16 tahun dan 8 tahun.

Ujarnya, ketika kejadian, suspek meninggalkan  mangsa dan keluar dari rumah. 

“Kejadian kecederaan dipercayai berpunca dari anak asuhan yang lain menggigit muka mangsa.

“Suspek direman selama empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN