Pencipta lagu Suci Dalam Debu meninggal dunia

Pencipta lagu Suci Dalam Debu meninggal dunia

CHE WAN ZULKIFLI CHE WAN ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Komposer terkenal, Wan Zul atau nama sebenarnya Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani, 61, meninggal dunia di Hospital Kenaman di sini, kira-kira pukul 2.20 pagi tadi. 

Adiknya, Che Wan Zuhaini, 58, berkata, Wan Zul dari Kampung Baru Kijal di sini menghembuskan nafas terakhirnya di hospital itu ekoran jangkitan kuman pada paru-paru akibat melioidosis. 

“Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada 2 Oktober lalu selepas demam dan batuk teruk, sebelum terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan ditidurkan pada keesokan harinya selepas kesihatannya merosot. 

“Bagaimanapun, dia kembali stabil pada Sabtu lalu dan boleh bercakap serta menunjukkan respons yang baik, sebelum ditidurkan lagi sekali pada Isnin selepas keadaannya kembali merosot sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Che Wan Zuhaini berkata, difahamkan, penyakit kencing manis yang turut dihidapi Allahyarham menyebabkan antibodinya lemah dan tidak dapat melawan jangkitan kuman tersebut. 

Menurutnya, jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Baru Kijal dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kijal, selepas solat Zohor, hari ini.

Allahyarham Wan Zul meninggalkan seorang isteri, Tengku Siti Famah dan sepasang anak iaitu Che Wan Nursyikin dan Che Wan Nuradli.

Kariernya sebagai komposer menyaksikan Wan Zul mencipta lagu popular kumpulan Iklim iaitu Suci Dalam Debu, Aduhai Seribu Kali Sayang dan Biografi Cinta Luka

Beliau turut mencipta lagu popular lain seperti Hanya Satu Persinggahan (Ekamatra), Antara Sutra Dan Bulan (Damasutra), Kerana Takdir (Saleem), Itulah Cintaku (Ilusi) dan beberapa lagu lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya