Pembubaran Parlimen, PRU15 tidak jejas kemeriahan Deepavali

Pembubaran Parlimen, PRU15 tidak jejas kemeriahan Deepavali

ISMAIL Sabri Yaakob mengunjung kediaman S. A Vigneswaran sempena sambutan Deepavali. - GAMBAR FACEBOOK WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak menjejaskan kemeriahan sambutan Deepavali yang diraikan penganut Hindu hari ini, sekali gus menepis kenyataan sesetengah pihak mengatakan kerajaan tidak menghormati sensitiviti rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini ada kata-kata kononnya pihaknya tidak menghormati sensitiviti dan perasaan masyarakat Malaysia beragama Hindu kerana membubarkan Parlimen untuk diadakan PRU15 dalam tempoh hampir dengan sambutan Deepavali.

“Saya lihat walaupun dalam keadaan musim menghadapi pilihan raya, tetapi ia tidak menjejaskan sambutan hari Deepavali. Pembubaran Parlimen langsung tidak menjejaskan sambutan, malah lebih meriah. Jadi saya mengucapkan Deepavali Valthukkal,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran di Shah Alam, dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri yang tiba pada pukul 11.15 pagi, meluangkan masa lebih satu jam pada majlis berkenaan yang diadakan di kediaman Vigneswaran di Kota Kemuning.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, beliau melihat sambutan perayaan itu tahun ini sangat meriah dan melambangkan semangat kekeluargaan Keluarga Malaysia seperti yang sentiasa diidamkannya.

“Inilah sebenarnya keharmonian yang kita perlukan bagi kita meneruskan pembangunan negara,” kata beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN