Pembubaran DUN: MB Perak menghadap Sultan Nazrin petang esok

Pembubaran DUN: MB Perak menghadap Sultan Nazrin petang esok

SAARANI Mohamad ditemui pemberita pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Daerah Kerian 2022 di Selinsing di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah esok bagi mendapat  perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, beliau akan menghadap Sultan Nazrin petang esok selepas mempengerusikan mesyuarat exco.

“Saya baru sahaja mèndapat perkenaan daripada baginda tuanku Sultan untuk saya menghadap baginda esok, pada kira-kira pukul 2 pètang esok ďi Istana Kinta (Ipoh) bagi memohon perkenan baginda untuk pembubaran DUN Perak.

“Selepas itu, sekiranya dìperkenankan oleh baginda, pihak istana akan membuat pengumuman kerana pembubaran ini diwartakan,” katanya kepada pemberita pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Daerah Kerian 2022 di Selinsing di sini hari ini

Sementara itu, Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata, beliau telah menerima senarai 126 nama yang dicadangkan untuk menjadi calon yang mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, nama calon tersebut dicadangkan oleh jawatankuasa UMNO bahagian di seluruh Perak dan akan dinilai pucuk pimpinan parti.

“Bukan semua yang dicadangkan itu terpilih sebagai calon, ini hanya senarai nama cadangan.

“Sebagai contoh, UMNO Bahagian Larut telah menghantar 15 nama cadangan namun yang hendak pakai hanya empat. Lenggong pula hantar tujuh nama dan yang nak pakai hanya tiga sahaja. Keputusan akan dibuat pucuk pimpinan parti.”katanya

Mengenai persiapan parti untuk menghadapi PRU15, Saarani berkata, UMNO telah membuat persediaan yang rapi di seluruh peringkat dan yakin akan merampas kembali beberapa kerusi DUN yang dimenangi DAP sebelum ini.

“Tak mustahil untuk Baŕisan Nasional (BN) di kerusi yang terlepas ke tangan DAP sebelum ini, kerana kita yakin pengundi kini sangat dinamik, jika DAP nak tembusi kawasan UMNO maka UMNO-BN juga mampu menembusi kawasàn DAP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN