Pelajar dakwa dicabul ketika ke rumah ibadat bersama ibu bapa

Gadis dakwa dicabul ketika ke rumah ibadat bersama ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar perempuan melalui detik hitam selepas mendakwa menjadi mangsa cabul seorang perawat di sebuah tokong dalam kejadian di sini,  kira-kira pukul 2 petang, Sabtu lalu.

Kejadian membabitkan mangsa berusia 14 tahun itu didakwa berlaku ketika dia dan ibu bapanya hadir untuk sembahyang di rumah ibadat itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian yang dibuat mangsa di Balai Polis Tikam Batu, kelmarin.

“Hasil siasatan mendapati suspek berusia 55 tahun itu memaklumkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan untuk membawa anak mereka belajar ilmu keagamaan di tingkat satu tokong selepas mereka selesai sembahyang. Ketika di dalam bilik berkenaan, mangsa mendakwa dicabul individu terbabit yang dikenali ibu bapanya kerana lelaki itu pernah mengubati ibu mangsa sebelum ini.

“Bagaimanapun, mangsa tidak pasti sama ada suspek merogolnya atau tidak kerana semasa kejadian keadaan di dalam bilik itu gelap sebelum mereka pulang ke rumah kira-kira pukul 4 petang,” katanya.

Menurut Zaidy, mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan dan keputusan pakar Obstetrik dan Ginekologi mendapati tiada kesan koyakan hymen intact di  kemaluan mangsa.

“Mangsa kini dirujuk kepada pakar kaunseling D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk membantunya dari segi emosi. Lelaki itu ditahan semalam dan kini ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya