ARAU: Meskipun mengakui kecewa dengan keputusan UMNO yang terus ingin bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pas tetap berpuas hati dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab memperjuang agenda penyatuan ummah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, agenda penyatuan ummah bersama UMNO sentiasa diteruskan meskipun bukan dalam pilihan raya kali ini yang semakin hampir. Katanya, Pas bersedia berdepan PRU15 selepas Parlimen dibubarkan dengan beberapa perkara…