Parti lain juga banyak rasuah, kes lain - Noh

Parti lain juga banyak rasuah, kes lain – Noh

NOH Omar (hadapan, tujuh dari kiri) bersama sebahagian ahli UMNO Tanjong Karang di IPP Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - FOTO/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) Selangor membidas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan parti itu mempunyai ramai pemimpin terlibat dalam gejala rasuah.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu lebih kepada individu dan terdapat juga pemimpin parti lain turut mempunyai gejala sama.

Tegas beliau, pemahaman Abdul Hadi disifatkan salah dengan mengaitkannya dengan parti.

“Saya tengok parti lain ada juga pemimpin dia terlibat bukan saja rasuah malah kes lain. Jangan libatkan parti kerana ini adalah individu waktu dia jadi pemimpin.

“Siapa yang terlibat kena ikut undang-undang dan kita tidak kacau proses kehakiman. Kalau kita nak bantai dia (Pas) lagi banyak tapi tidak mahu lihat politik yang boleh merosakkan hubungan persaudaraan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Tanjong Karang di sini, hari ini.

Semalam, Pas membuat keputusan memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN) berbanding menjalin kerjasama dengan UMNO dan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Abdul Hadi memberitahu ada pemimpin parti itu yang rakus mahu memerintah negara, selain adanya penerima rasuah.

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata, Pas yang mempunyai kesetiaan kuat mampu membentuk kerjasama utuh dengan UMNO yang juga memiliki akar umbi.

“Dia (Pas) bertunang dengan kita, tidak sempat bernikah pun tiba-tiba dalam diam nikah dengan orang lain.

“Nikah pula dengan ‘janda’ kita iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya