ALOR SETAR: Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail terkejut apabila dimaklumkan beliau digantung keahlian daripada parti itu selama enam tahun dan percaya ia ada kaitan dengan tindakannya yang sering `bersuara’ di dalam parti. Menurutnya, setakat ini beliau belum dimaklumkan secara rasmi tentang keputusan itu tetapi mungkin penggantungan tersebut juga dilakukan kerana dia merupakan penyokong kuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Malah, beliau menganggap, keputusan menggantungnya…