fbpx

Meraikan karya, penyanyi lama – Wany Hasrita

BAGI penyanyi, Wany Hasrita pula, trend penyanyi muda menyanyikan semula lagu malar segar tidak seharusnya dilihat sebagai tindakan membunuh keaslian sesebuah karya.

Sebaliknya, jelas Wany, merakamkan semula sesebuah lagu dilihat sebagai cara pelapis muda dalam industri seni suara menghargai penyanyi yang sudah lama berbakti menerusi lagu hebat mereka. 

“Sebenarnya, bagus untuk kita meraikan dan menghargai penyanyi senior dengan merakamkan semula lagu mereka. Kita harus lihat dari sudut positif. Tidak perlu mengecam atau menghentam. 

“Peminat juga tahu ber kir. Bagaimanapun, lagu asal tetap lebih baik. Cuma, apabila kita menyanyikan semula lagu itu, kita menyuntik cara dan identiti sendiri tanpa merosakkan atau membunuh karya tersebut,” katanya. 

Wany yang merakamkan semula lagu Bakawali dendangan asal Siti Nordiana dan Syura, duet bersama Datuk Jamal Abdillah turut mengakui gementar dengan penerimaan peminat apabila lagu itu dilancarkan kelak. 

“Kita akan berhadapan dengan keterujaan dan expectation orang. Tidak boleh dina kan, peminat lagu yang dirakam semula itu pasti mempunyai jangkaan masing-masing. 

“Saya dan Datuk Jamal cuba untuk tidak mengubah keaslian lagu tersebut. Kita kena hormat komposer dan penulis lirik. Struktur yang sama, cuma mungkin ada perubahan dari segi feel dan vokal,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received