Memang saya suka eksperimen dengan fesyen - Syafinaz - Utusan Malaysia

Memang saya suka eksperimen dengan fesyen – Syafinaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan juri program Gegar Vaganza 9 (GV9), Datuk Syafinaz Selamat, tidak menyangka imej dan penampilannya dalam rancangan tersebut kerap kali menjadi bahan bualan serta mendapat perhatian ramai.

Syafinaz bagaimanapun berkata, dia terharu kerana rata-rata memberikan respons yang positif mengenai fesyen yang digayakan dan bukan pandangan berbentuk kecaman.

“Sebenarnya, saya tidak tahu pun imej dan penampilan saya jadi bualan sehinggalah ada yang memberitahu perkara tersebut. Tetapi, mujurlah bukan pandangan berbentuk kecaman.

“Kalau ramai suka, saya berterima kasih atas pujian yang diberikan. Bukan selalu saya nak bergaya atau bermain dengan fesyen. Sesekali, kalau perlu bergaya ketika bekerja, baru saya akan melaram.

“Nak kata saya selalu berfesyen, tidak juga. Tetapi, dari dulu lagi kalau dapat peluang berfesyen, saya suka mencuba atau bereksperimen,” katanya.

Syafinaz juga mengakui, dirinya lebih selesa bersederhana dan gemar tampil minimal atau ringkas jika tidak terbabit dengan sebarang acara hiburan.

“Sebenarnya, saya ini seorang yang sederhana. Kalau boleh,hari-hari nak pakai jeans dan baju T saja. Tetapi, memandangkan sekarang berat saya naik sedikit, banyak pakaian sudah tidak
muat.

“Walaupun pakaian baru dibeli, ada juga yang sudah ketat untuk dipakai. Jadi, saya minta penata gaya sediakan semua. Lebih mudah dan saya tidak payah fikir,” katanya

Syafinaz ditemui pada majlis sidang media Anugerah Seri Angkasa 2022 yang diadakan di Kementerian Komunikasi & Multimedia, Putrajaya, baru-baru ini.

Pensyarah vokal itu turut memberitahu, dia akan berbincang dengan pasukannya tentang imej yang sesuai untuk digayakan, terutama apabila muncul dalam program mingguan seperti GV9.

“Setiap minggu, memang kami akan duduk berbincang. Setiap orang akan beri idea dari segi solekan, pakaian dan rambut.

“Sesi itu sangat seronok dan saya suka. Selalunya saya akan beritahu apa saya mahukan. Saya akan tengok stail di Pinterest untuk rujukan.

“Kalau nak suruh saya buat sendiri, saya malas. Jika tiada acara hiburan perlu dihadiri, bedak asas pun saya tidak oles di wajah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.