Maritim Malaysia tahan dua bot nelayan asing

Maritim Malaysia tahan dua bot nelayan asing

DUA buah bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam yang ditahan setelah menceroboh perairan negara dalam satu operasi di Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan dua bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam setelah menceroboh perairan negara dalam satu operasi di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, kedua-dua bot itu ditahan pada kedudukan lebih kurang 44.5 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Menurutnya, bot nelayan asing itu ditahan semasa bot Maritim Malaysia melaksanakan rondaan Op Kuda Laut dan Op Naga Barat di sekitar perairan Terengganu.

“Kedua-dua bot ditahan ketika sedang bertambat antara satu sama lain pada 4.30 petang semalam dengan nombor pendaftaran iaitu BD 30865 TS dan BD 31223 TS.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tersebut dikendalikan 12 kru termasuk tekong, warga Vietnam berusia antara 21 hingga 63 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Tekong kedua-dua bot juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran yang sah dan disyaki telah melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan itu.

Beliau memberitahu, nilai rampasan dua bot dan hasil tangkapan bernilai kira-kira RM1 juta.

Tambahnya, kedua-dua bot,  hasil tangkapan dan 12 kru dirampas serta ditahan di Jeti Pusat Tahanan Vesel, Maritim Terengganu di sini.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN