Manfaat sepenuhnya media sosial supaya rakyat undi PN

Manfaat sepenuhnya media sosial supaya rakyat undi PN

PARLIMEN
WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua ahli dan jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) harus memainkan peranan masing-masing mengajak rakyat mengundi Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).  

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, peranan itu boleh diambil dengan memanfaatkan media sosial supaya parti itu dapat membentuk kerajaan yang bersih dan prihatin. 

“Media sosial akan memainkan peranan penting dalam pilihan raya. Akaun-akaun media sosial sebaiknya haruslah menggunakan dan mempromosikan identiti PN, tayangkan logo PN sejelas-jelasnya. 

“Saya seru semua ahli dan penyokong Bersatu agar gunakanlah semua kemudahan yang ada untuk membawa kemenangan kepada perjuangan kita,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN