Malaysia tingkat penjagaan luka 

Malaysia tingkat penjagaan luka 

KHAIRY Jamaluddin merasmikan Persidangan Luka Global Keempat 2022 dan Komanwel di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor, hari ini. Turut hadir Presiden Persatuan Perawatan Luka Profesional Malaysia, Prof Dr. Harikrishna K.R Nair. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengambil inisiatif meningkatkan sistem penjagaan luka antaranya dengan menubuhkan pasukan khas di hampir semua hospital seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia menubuhkan jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan (NWCC) sejak 2009 selain surveilans sedang dibuat untuk melihat beban penjagaan luka di negara ini. 

Katanya, mereka melangkah jauh sejak NWCC ditubuhkan kerana daripada hospital negeri sahaja yang mempunyai pasukan khas penjagaan luka, kini hampir semua hospital di Malaysia menubuhkan pasukan khas sama.

“Kita juga telah berjaya memperuntukkan bajet khusus lebih daripada RM5 juta setiap tahun untuk penjagaan luka yang diagihkan kepada semua hospital.

“Matlamat utama adalah untuk luka itu sembuh dalam masa yang secepat mungkin. Oleh itu, menjadi harapan saya agar setiap daripada kita berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran kita demi kebaikan pesakit-pesakit,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Luka Global Keempat 2022 dan Komanwel di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini, hari ini.

Berhubung perkhidmatan rawatan dan penjagaan luka, Khairy berkata, KKM akan menambah baik perkhidmatan tersebut dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membolehkan setiap pesakit menerima rawatan sepatutnya termasuk individu terlantar di rumah.

“Saya juga dimaklumkan bahawa perkhidmatan penjagaan luka ini akan ditambah baik di peringkat komuniti dengan mengadakan lawatan-lawatan ke rumah bagi pesakit yang tidak dapat ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.

 “Penjagaan luka ini juga secara amnya adalah sebahagian besar daripada mana-mana sistem penjagaan kesihatan. Rawatan luka ini ia memerlukan pendekatan menyeluruh dan holistik yang mana melibatkan pelbagai disiplin seperti pembedahan, ortopedik, perubatan, rehabilitasi serta tidak dilupakan, dietetik,”  katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya