Kutip RM15 selesai satu saman

Kutip RM15 selesai satu saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Asisten Superintenden Polis antara penjawat awam yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin kerana terlibat dalam kartel pengurangan saman trafik.

Ini melibatkan beberapa ne­geri mulai 2016 hingga kini de­ngan transaksi wang berjumlah lebih RM5 juta.

Turut direman iaitu Sub-Inspektor dan anggota pangkat bawahan termasuk jawatan ka­kitangan guna sama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Satu sumber mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, sindiket berkenaan dipercayai mencari individu yang ingin menyelesaikan saman trafik dengan membayar sejumlah wang yang lebih rendah daripada nilai saman.

Jelas beliau, setiap saman yang diselesaikan, suspek akan menerima di antara RM5 sehingga RM15 setiap satu.

“Kesemua yang direman telah dibebaskan dan siasatan lanjut berkenaan kes berkenaan masih giat dijalankan,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, SPRM menahan 11 individu terdiri daripada empat anggota PDRM, enam penjawat awam dan seorang awam.

Kartel pengurangan saman ini akan menerima wang tersebut, sebahagian jumlah akan dima­sukkan ke hasil kerajaan manakala selebihnya dikongsi dengan suspek-suspek yang bertugas di agensi berkenaan.

Suspek kemudiannya akan mengeluarkan nama individu yang disaman daripada sistem PDRM.

Bayaran itu akan dikutip anggota sindiket seterusnya menye­rahkan kepada pegawai yang membuat pengurangan kompaun menerusi sistem.

Dalam pada itu, sebanyak 60 akaun bank daripada suspek-suspek yang berjumlah ke­seluruhan kira-kira RM184,000 dibekukan oleh SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN