Kes rompakan: Tiada kompromi isu jenayah warga ATM

Kes rompakan: Tiada kompromi isu jenayah warga ATM

AFFENDI BUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam isu melibatkan sebarang jenayah atau pelanggaran disiplin terutama dalam kalangan warganya. 

Ini susulan penahanan seramai 20 anggota tentera kerana disyaki terbabit dalam dua kes rompakan di laut di perairan Pulau Siamil dekat Semporna, Sabah.

Mengesahkan perkara itu, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan untuk proses tindakan selanjutnya.

“Ditegaskan bahawa ATM tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam isu melibatkan sebarang jenayah atau pelanggaran disiplin terutama kalangan warga ATM. 

“Ketegasan ini adalah penting kerana ia boleh mencemarkan imej ATM sebagai sebuah organisasi yang mendukung konsep integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau turut meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau sebarang kenyataan yang boleh mengganggu proses siasatan kes berkenaan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, semua suspek ditahan susulan dua laporan diterima pihak berkuasa pada 15 dan 18 Ogos lalu di perairan Pulau Siamil.

Katanya, terdapat dua kes rompakan di laut yang disyaki dilakukan oleh anggota keselamatan pada Ogos lalu di perairan Pulau Siamil, Semporna, Sabah.

“Ia bersabit Bum Bum repot 1462/2022, kejadian pada 15 Ogos 2022 dan Bum Bum repot 1463/2022, kejadian pada 18 Ogos 2022.

“kedua-dua kes disiasat mengikut 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan.Semua suspek sudah dijamin pada 25 September lalu dan kes masih dalam siasatan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang meminta kerajaan menyatakan secara terperinci kejadian rompakan berkumpulan didakwa dilakukan anggota keselamatan negara pada Ogos yang lalu di perairan Pulau Siamil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya