Kes ‘bodyguard’ pukul lelaki: Salah faham lalu lintas jadi punca

Kes ‘bodyguard’ pukul lelaki: Salah faham lalu lintas jadi punca

NOOR DELLHAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perselisihan faham berkaitan lalu lintas dipercayai punca seorang lelaki cedera dibelasah dua pengawal peribadi di Flat San Peng dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya setakat ini telah mengambil keterangan dua pengawal peribadi berusia 23 dan 30 tahun itu.

Katanya, selain itu, polis dalam proses merakam keterangan pegawai perubatan bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati pengawal peribadi berkenaan mengiringi pengarah syarikat swasta,” katanya dalam kenyataan di sini ini.

Jumaat lalu, polis mengesan video tular berdurasi 48 saat yang menunjukkan seorang individu cedera di kepala dan muka.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pukul 10 malam membabitkan sekumpulan individu tempatan di flat berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN