Kanak-kanak 2 tahun maut jatuh kerusi bayi anak tunggal

Kanak-kanak 2 tahun maut jatuh kerusi bayi

KERETA yang dinaiki ahli keluarga kanak-kanak berusia dua tahun yang maut setelah terjatuh daripada kerusi bayi di Skudai, semalam meninggalkan pekarangan rumah mayat HSA Johor Bahru setelah selesai bedah siasat, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kanak-kanak lelaki yang maut akibat terjatuh daripada kerusi bayi ketika sedang menjamu selera bersama ibu bapanya di sebuah restoran di Taman Sutera di sini kelmarin merupakan seorang anak tunggal.

Ahli keluarga terdekat yang enggan dikenali memberitahu, mangsa yang berusia 2 tahun itu merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan ceria, dan ketika kejadian mereka sekeluarga sedang makan di restoran.

“Kami sekeluarga berasa sedih dengan kejadian yang tidak dijangka ini,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini semalam.

Tambah wanita berusia 40-an itu lagi, ibu mangsa berusia 29 tahun dan bekerja di sebuah pasar raya besar di Taman Universiti, Skudai.

Ibu mangsa bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen ketika dihampiri pemberita. Dia juga dilihat dipapah dua ahli keluarga yang lain ketika keluar dari pekarangan rumah mayat berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Fariz Ammar Abdullah dilaporkan berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 3 petang.

Menurut beliau, ketika sedang makan, kanak-kanak itu yang sedang duduk di kerusi bayi bertindak menolak meja menggunakan kakinya sehingga menyebabkan dia terjatuh ke belakang dan kepalanya terhentak di lantai..

“Bayi lelaki itu kemudian menangis dengan kuat sebelum pengsan dan tidak sedarkan diri. Bapa mangsa kemudian bergegas membawa kanak-kanak itu ke klinik swasta namun dinasihatkan untuk terus ke hospital kerana keadaannya yang serius.

“Kanak-kanak itu kemudiannya disahkan sudah meninggal dunia oleh seorang pegawai perubatan di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri,” jelasnya sambil memaklumkan pihaknya tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.

Fariz Ammar turut memaklumkan kejadian tersebut disaksikan pekerja restoran terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya