Kanak-kanak 2 tahun ditemukan lemas

Kanak-kanak 2 tahun ditemukan lemas

OPERASI mencari dan menyelamat mangsa lemas di kawasan Air Terjun Lata Rek sebelum mangsa ditemukan lemas hari ini. - FOTO/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan lemas selepas terjatuh di kawasan Air Terjun Lata Rek di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 1.53 petang dan tiba di lokasi kejadian 35 minit kemudian.

Menurutnya, seramai sembilan pegawai dan anggota dari BBP Kuala Krai bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah lemas di kawasan tersebut.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh anggota bomba dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) sebelum mangsa ditemukan pada pukul 5 petang sejauh 1.5 kilometer dari lokasi akhir mangsa dipercayai terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya