Jangan jadikan Kampung Tanjung Sepat ‘tong sampah’

Jangan jadikan Kampung Tanjung Sepat ‘tong sampah’

PENDUDUK Kampung Tanjung Sepat, Sepang mengadakan demonstrasi membantah projek pembinaan ladang ternakan ayam yang dikhuatiri menyumbang kepada masalah kesihatan. – UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Lebih 3,000 penduduk Kampung Tanjung Sepat di sini merayu pihak berwajib campur tangan dan membatalkan projek pembinaan ladang ternakan ayam.

Bekas Ketua Kampung Tanjung Sepat, Farouk Amron, 74, berkata, ketika ini penduduk kampung itu serta kampung sekitar sudah cukup tertekan dengan masalah pencemaran bau dan alam sekitar ekoran ladang ternakan babi yang terletak di bawah Mukim Batu.

Menurutnya, jika ditambah dengan projek pembinaan ladang baharu itu, kehidupan penduduk akan menjadi semakin tertekan.

“Kesan terhadap penduduk akan jadi amat besar terutama sekali masalah penyakit seperti selesema burung selain pembiakan lalat.

“Kami mahu menghirup udara yang nyaman dan hidup dalam keadaan selesa, bukan bau busuk reban ayam,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, 30 penduduk kampung berhimpun di hadapan tapak projek pembinaan ladang ternakan ayam itu sambil membawa sepanduk bagi menyatakan bantahan.

Penduduk kampung ber­kenaan tidak bersetuju dengan projek pembinaan ladang ternakan itu berikutan jaraknya terlalu hampir dengan rumah penduduk, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Sepat, Sekolah Rendah Agama Tanjung Sepat, Klinik Kesihatan Tanjung Sepat serta sebuah tahfiz.

Farouk turut meminta kerjasama daripada Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) untuk mengambil tindakan dan menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya difahamkan penternakan ayam ini sama seperti di Kampung Kundang dan mereka nak buat satu lagi malah lebih besar di Tanjung Sepat.

“Mereka mahu jadikan Tanjung Sepat ini seolah-olah tong sampah sedangkan murid dari empat kampung sekitar semuanya bersekolah di sini termasuk sekolah agama.

“Jadi, kami rayu agar JKTD dapat ambil tindakan sebaik mungkin kerana kawasan ini dikatakan masih tanah pertanian dan kami tengok papan tanda pun tiada, buatlah tindakan segera dan batalkan projek ini,” katanya.

Tambahnya, hampir ke­semua kampung yang berada berhampiran Tanjung Sepat mempunyai ladang ternakan babi seperti di Kampung Tanjung Layang, Kampung Gadong, Kampung Batu Untung dan Kampung Tumbuk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya