Jaga tingkah laku - TMJ

Jaga tingkah laku – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat negeri ini supaya sentiasa menjaga tingkah laku dalam apa juga perkara yang dilakukan.

Tunku Ismail berkata, setiap individu perlu bertanggungjawab dalam semua perkara dilakukan dan impaknya kepada masyarakat.

“Ingin saya mengingatkan kepada semua Bangsa Johor agar sentiasa jaga tingkah laku dan bertanggungjawab dalam apa jua perkara yang anda lakukan. 

“Semoga negeri Johor dan seluruh Bangsa Johor sentiasa diberkati dan dipelihara Allah SWT. Muafakat itu berkat, Allah Peliharakan Sultan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau dipercayai merujuk insiden yang berlaku semasa program Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang berlangsung di Dewan Yong Sheng, Muar, malam semalam.

Dalam program berkenaan, kira-kira 30 individu yang memakai ‘hoodie’ dan pelitup muka membuat provokasi dengan membaling botol, menolak sukarelawan, membaling mercun, menendang dan merosakkan kenderaan sambil menjerit dan meminta orang ramai yang datang berhenti dan meninggalkan dewan tersebut.

Insiden tersebut telah menimbulkan kekecohan dan mendapat reaksi pelbagai pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN