Ibu rayu bantu cari anak hilang sejak semalam

Ibu rayu bantu cari anak hilang sejak semalam

NUR SAFIYYAH MOHD. SYUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Seorang ibu bimbang  terhadap keselamatan anak perempuannya berusia 12 tahun yang hilang dari kediaman di Kampung Parit Tok Hin, Kuala Kurau di sini sejak petang semalam.

Misiah Sahar, 35, berkata, dia menyedari kehilangan anaknya, Nur Safiyyah Mohd. Syukri pada pukul  7 petang semalam selepas mendapati pintu bahagian rumah atas terbuka.

Menurutnya, apabila diperiksa, anaknya tiada di dalam bilik dan percaya anaknya keluar rumah melalui pintu beranda bahagian atas rumah.

“Kami tidak tahu dia ke mana dan dengan siapa. Ada panggilan yang diterima dari orang ramai yang mengatakan melihatnya  di kawasan Tanjung Piandang.

“Ada juga yang memaklumkan anak akan pulang tidak lama lagi tetapi sehingga sekarang dia tidak dijumpai,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dia menghubungi nombor telefon bimbit anaknya tetapi tidak dijawab. Anaknya keluar rumah dengan membawa beg pakaian dan wang tunai anggaran RM200.

Jelasnya, tiada sebarang perselisihan paham berlaku antara anaknya itu dengan ahli keluarga lain termasuk dia dan suaminya.

“Saya bersama suami telah pergi ke balai polis berhampiran bagi memaklumkan kehilangan anak kami. Laporan polis hanya boleh dibuat selepas 24 jam kehilangan,” katanya.

Misiah merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya itu menghubungi talian 017-4839569. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN