PUTRAJAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang menentang UMNO termasuk PKR. Pengerusi Penajanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, GTA hanya bekerjasama dengan parti yang menentang UMNO dan sanggup berbuat demikian untuk menyelamatkan negara ini daripada pentadbiran parti tersebut. “UMNO sebuah parti yang tidak sama sekali mengambil berat masalah rakyat dan mereka hanya mahu menjadi Perdana Menteri serta menjadi kerajaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat GTA di sini,…