Gobind dan Bee Yin pindah kawasan, DAP letak calon Melayu di Bangi

Gobind dan Bee Yin pindah kawasan, DAP letak calon Melayu di Bangi

ANTHONY Loke (tengah) dan pimpinan parti bersama calon DAP Parlimen Selangor bagi PRU15 di majlis makan malam kutipan dana Parlimen Damansara, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyandang kerusi Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berpindah kawasan dengan diletakkan bertanding di kawasan Damansara menggantikan Tony Pua pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tony yang juga Ahli Jawatankuasa Disiplin DAP tidak bertanding dalam pilihan raya umum itu pada 19 November ini.

Penyandang kerusi Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin bertanding di Puchong manakala DAP menampilkan calon Melayu iaitu Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusatnya (CEC), Syahredzan Johan di Parlimen Bangi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V. Ganabatirau pula dipertaruh parti tersebut di kerusi Parlimen Klang.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam satu majlis makan malam kutipan dana Parlimen Damansara di pekarangan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam ini.

Anthony berkata, calon yang ditampilkan di Selangor itu meliputi pelbagai kaum menunjukkan usaha DAP bergerak ke arah menjadi parti berbilang kaum.

Beliau berkata, ini kerana DAP tidak boleh hanya bergantung kepada sokongan komuniti Cina dan India, tetapi perlu mendapatkan sokongan daripada masyarakat Melayu.

“Jadi pastikan sokong kami sampai Putrajaya pada 19 November ini. Kami akan kalahkan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional seterusnya membentuk kerajaan dengan Pakatan Harapan,” katanya.

Pada PRU-14, Parlimen Damansara dimenangi Tony Pua, Bangi disandang Ong Kian Ming manakala Charles Santiago menang di Klang mewakili DAP. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya