Enam kereta musnah terbakar

Enam kereta musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam kereta musnah dalam kebakaran di sebuah kondominium di Desa Petaling dekat sini, malam tadi.

Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima maklumat berkaitan kebakaran melibatkan kenderaan di lokasi kejadian pada 9.40 malam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah, Balai Polis Salak Selatan Baru ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan enam buah kereta dan dipercayai bermula dari sebuah kereta di Aras 3B dan kemudian merebak kepada kereta yang diletakkan di Aras 3C dan 2B.

“Kebakaran dikawal pasukan bomba daripada Balai Bomba Sri Petaling dan Balai Bomba Sungai Besi.

“Buat masa ini, tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN