Dua wanita maut Myvi bertembung Viva

Dua wanita maut Myvi bertembung Viva

KEADAAN dua buah kereta yang terlibat dalam kemalangan maut di simpang Cenderawasih Jalan Kuantan - Segamat di Muadzam Shah, Rompin, Pahang, hari ini. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Dua wanita maut apabila dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan Perodua Viva bertembung di simpang Cenderawasih, Jalan Kuantan Segamat di sini petang ini.

Pegawai Bomba Kanan II, Samsu Bahrin Abu Bakar berkata, kedua-dua mangsa yang maut merupakan penumpang Perodua Myvi manakala pemandu dan seorang lagi penumpang kenderaan itu cedera.

Katanya, pemandu Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan bersama seorang penumpang wanita dan tiga kanak-kanak cedera.

“Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan pada pukul 3.23 petang dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah telah diarahkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan lima anggota termasuk seorang penyelia pasukan.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dalam kereta Perodua Myvi dengan menggunakan peralatan penyelamat manakala kesemua mangsa dalam kereta Perodua Viva telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Samsu Bahrin berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN