Stor simpanan minyak terbakar

Stor simpanan minyak terbakar

KEJADIAN kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan minyak di Taman Megah Ria, Masai, Johor Bahru, Johor. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebuah kilang dipercayai menjadi stor simpanan minyak di Taman Megah Ria di sini terbakar tengah hari tadi.

Difahamkan, penduduk di kawasan Jalan Kempas 7 yang berjarak kira-kira 50 meter daripada lokasi kebakaran telah diminta mengosongkan kediaman masing-masing.

Bekalan elektrik ke kawasan perumahan tersebut juga telah ditutup bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemantauan dibuat pemberita dari pukul 2 petang mendapati berlaku beberapa letupan kecil, selain kelihatan tong dipercayai yang berisi minyak turut melambung tinggi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan operasi pemadaman masih berlangsung ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini